Thursday, April 2, 2020

okey guys

now teha nak share dengan korang pasal Cameron Highland.
Basically Cameron ni memang tempat yang sejuk tapi sayangnya dah tak sesejuk dulu sebab zaman sekarang ni kan banyak pencemaran ozon pulak dah semakin nipis.
Dekat cameron ni kalau datang sini better tinggal dekat apartment sebab lagi murah dari hotel kalau nak save bajet la. 
Antara tempat yang kami melawat adalah ladang strawberry uncle Raju, Taman Agroteknologi MARDI, Kilang Pemprosesan Teh, Time Tunnel Museum, Ladang Teh BOH & sebagainya.



 Taman Arkeoteknologi sangat popular di kalangan pelancong & juga di kalangan institusi pendidikan tempatan. Sekiranya anda seorang guru yang menganjurkan lawatan sambil belajar di Cameron Highlands, destinasi ini wajib dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Di dalam Taman Agroteknologi MARDI yang seluas lebih 40 hektar ini terdapat beberapa bahagian utama seperti tapak penyemaian, kebun pohon-pohon bunga, ladang dan juga kawasan penanaman untuk pokok-pokok teh. Banyak sebenarnya tarikan tumbuhan lain yang dikira agak eksotik untuk anda lihat seperti periuk kera & sebagainya.
 

Selain itu Tarikan pelancongan di Cameron Highland untuk dilawati adalah Ladang Teh Boh di Ringlet atau juga dikenali sebagai Boh Tea Garden Habu. Walaupun Ladang Teh Boh di Sungai Palas lebih popular tetapi Ladang Teh Boh di Ringlet ini adalah yang terbesar di Cameron Highland. Pemandangan hijau hamparan 'permaidani ladang teh' ini pasti memberi satu ketenangan yang mengusik jiwa & kalau datang ke sini wajib bawa kamera untuk sesi bergambar untuk dijadikan kenangan. Dan terdapat banyak lagi tempat tempat yang menarik di Cameron Highland. 


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum semua!  Korang tahu tak application zoom?  Kalau korang nak tahu application Zoom ni adalah salah satu platform untuk ko...